Tiang utama Sri Gotong retak
Berita Harian 13/4/2006
SELAYANG: Lebih 200 penduduk Pangsapuri Sri Gotong, Batu Caves bimbang
kediaman yang baru mereka miliki akan roboh menyembah bumi berikutan
keseluruhan tiang utama bangunan itu mulai retak.
Pangsapuri 21 tingkat yang mula diduduki sejak Mei tahun lalu itu bukan saja
mengalami banyak kerosakan, malah didapati tidak menepati apa yang
dijanjikan pemaju kepada pembeli.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, M Kamalakanan, berkata penduduk juga
meragui Sijil Layak Menduduki (CF) yang dikeluarkan kepada pemaju berikutan
pangsapuri yang dirancang sebelum ini hanya 16 tingkat dan tidak juga
disebut sebagai pangsapuri perkhidmatan.
Katanya, penduduk terkejut dengan pembinaan pangsapuri 21 tingkat itu dan
surat perjanjian yang ditandatangani menyatakan hanya 16 tingkat saja serta
akan mengenakan caj tambahan kepada penduduk.
"Sebelum ini rumah contoh yang kami lihat menepati cita rasa sekeluarga dan
mampu memberi keselesaan serta melindungi kami.
"Kini pangsapuri itu hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi seperti
Highlands Towers sekiranya langkah keselamatan tidak dilakukandan pihak
pemaju gagal tampil untuk memperjelaskan masalah ini kepada kami," katanya.
Beliau berkata, masalah itu pernah diajukan kepada Menteri Besar Selangor
dan meminta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan terhadap
pemaju sekiranya pemaju gagal membuktikan aduan penduduk.
Yang Dipertua MPS, Zainal Abidin Azim, berkata pihaknya akan membuat
siasatan berhubung masalah itu dan meminta penduduk mengemukakan aduan semua
permasalahan berkaitan.
Katanya, MPS turut meminta petnaju mengemukakan laporan lengkap dan berjanji
akan mengadakan sesi dialog bersama semua yang terbabit yang akan disertai
bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Tang See Hang,
pada masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, MPS meminta individu dan masyarakat sekitar
Selayang mematuhi peraturan yang ditetapkan MPS kerana pihaknya mengenal
pasti 30 lokasi sampah haram.
Katanya, ada sembilan lokasi sampah haram di Selayang, japan di Gombak,
tujuh di Rawang, tiga di Batu Caves dan satu di Kepong.
|