GLC diminta pelopori BTS
23/01/2007 Kosmo
Hulu Langat - Persatuan Pembeli
Rumah (HBA) mempelopori konsep bina and jual (BTS) 90:10 yang dicadangkan
kerajaan pertengahan tahun lalu.
Penasihatnya, Datuk Seri Yeun
Yuet Leg berkata, jika GLC sendiri 'takut' untuk melaksanakannya, ia akan
memberi tanggapan negatif mengenai konsep itu.
"GLC seperti Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd, (SPNB)
sepatututnya menunjukkan teladan kepada pemaju swasta bagaimana untuk
mengambil insentif yang disediakan kerajaan.
"Inilah yang menjadi penanda aras
kepada semua pemain dalam industri pembinaan," katanya ketika merasmikan
Taman Langat Ceria di sini kelmarin.
Beliau yakin, BTS 90:10 akan
menguntungkan semua pihak yang terlibat iaitu pembeli, bank dan pemaju.
Melalui konsep berkenaan, pemaju
perlu menyiapkan 90 peratus pembinaan projek perumahan sebelum boleh dijual
bagi mengurangkan risiko ke atas pembeli.
Mengenai cadangan itu, Ahli
Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok yang turut hardir di majlis tersebut
berpendapat, konse BTS 90:10 boleh menambah keyakinan pemebli rumah dan
bank.
"Penjualan rumah yang 90 peratus
siap memberikan pembeli dan bank harta fizikal berbanding konsep jual and
bina apabila mereka terpaksa membiaya pembinaan yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
"Ini membuatkan mereka terpaksa
menanggung risiko yang tinggi seperti projek terbengkalai dan sebagainya.
Melalui BTS 90:10, risiko itu dikurangkan apabila kos pembinaan ditanggung
oleh pemaju," ujarnya. |