Pastikan pemaju ada lesen maju
projek
29/01/2007 Harian Metro
Shah Alam: Pembeli rumah perlu
memastikan pemaju mempunyai lesen untuk membangunkan sesebuah projek
perumahan, sebelum mereka memutuskan untuk membeli rumah di kawasan projek
tersebut," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka
Ting.
"Pembeli boleh minta maklumat
mengenai pemaju daripada kementerian, Ini bagi mengelakkan pembeli terus
ditipu dan teraniaya apabila sesuatu projek perumahan terbengkalai atau
sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Beliau berkata, pembeli juga
boleh mendapatkan panduan mengenai cara untuk memeriksa latar belakang
pemaju berlesen itu, di laman web kementerian.
Beliau mengulas aduan beberapa
pembeli rumah di sini minggu lepas, yang menyuarakan rasa tidak puas hati
selepas kerja membina rumah yang dibeli mereka terbantut apabila projek
terbengkalai, dan pemaju projek itu pula didapati tiada lesen.
Pemaju berkenaan bagaimanapun
dikatakan sudah membangunkan enam projek. |