Pemaju berhutang, penduduk
Golden Villa tanggung derita
02/11/2007 Sinar Harian Oleh Affaizul Majid
Ketiadaan air menyebabkan 4,000 penduduk di sini bagaikan 'pelarian' kerana
segala aktiviti harian mereka terganggu kerana masalah yang dihadapi.
Klang: Sejak Isnin lepas penduduk di Golden Villa, Batu 4, Kampung Jawa
hanya mengharap air dari tangki simpanan untuk melakukan aktivii seharian.
In semua berpunca daripada pihak SYABAS yang telah memotong bekalan air
gara-gara pihak pemaju, Chong Hi n Development Sdn Bhd tidak melunaskan
bayaran sebanyak RM64,000 kepada mereka.
Akibatnya penduduk sendiri yang menderita akibat sikap tidak
bertanggungjawab pemaju apabila mereka kini semamkain hari semakin tertekan
memandangkan air dalam tangki simpanan tidak mencukupi untuk menampung
keperluan disini.
Rabu lalu, sekumpulan penduduk membuat perhimpunan secara aman bagi
menyuarakan rasa tidak puas hari mereka terhadap pemaju yang bagaikan
bertindak 'kejam' kepada penghuninya.
Ketiadaan air menyebabkan hampir 4,000 penduduk disini bagaikan 'pelarian'
kerana segala aktiviti harian mereka terganggu kerana masalah yang dihadapi.
'Pemaju memang tidak berhati perut dan degil!" ujar Setiausaha Persatuan
Penduduk Kondominium Golden Villa, Daniel Abdullah merujuk kepada sikap
pemaju yang tidah pernah menghadiri sebarang perbincangan dengan penduduk.
"Bukan saja hari ini - pemaju berkenaan telah menimbulkan pelbagai masalah
sejak 4 tahun lepas dan ini menimbulkan pelbagai persoalan" rujuk Daniel
kepada pangsapuri itu yang tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF)
sejak mula didiami lagi.
"Kami pernah mengadu masalah ini kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah
Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK), wakil rakyat dan pelbagai saluran,
namum hingga kini tiada pihak yang dapat membantu kami" ujar Daniel lagi.
Sikap pemaju juga dipesoal kerana beberapa kali tidak menghadiri
perbincangan melibattkan wakil penduduk dan juga wakil rakyat di sini bagi
menyelesaikan pelbagai masalah penyelenggaran di sini.
"Mereka "kebal", tiada pihak yang dapat mengambil tindakan kepada perbuatan
mereka yang jelas menindas penduduk di sini," katanya lagi. |