Piket oleh penduduk Golden
Villa
04/11/2007 Sinar Harian
Klang - Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan tentang penduduk Golden Villa
yang keluar beramai-ramai memproses tindakan pemaju, Chong Hin Development
Sdn Bhd yang tidak membayar hutang sebanyak RM64,000 kepada SYABAS.
Akibatnya, penduduk menderita apabila pihak SYABAS memotong bekalan air
sejak Isnin lalu dan kini penghuni di Golden Villa hanya mengharap air dari
tangki simpanan untuk melakukan aktiviti seharian.
Isnin ini, penduduk akan mengadakan pula perhimpunan secara aman bagi
membantah tindakan pemaju itu di hadapan pejabatnya di Jalan Istana, bermula
jam 12 tengahari hingga 3 petang.
"Kita ingin menunjukkan rasa tidak puas hari penduduk ekoran kedegilan
pemaju yang langsung tidak maju berbincang tentang perkara ini" urjar
Pengerusi Penduduk Golden Villa, Maniam a/l Muniandy.
Beliau merujuk kepada sikap pemaju yang tidak menghadiri mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mohd Jaid
Ehsan dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,
Datuk Amzah Umar, pihak SYABAS seta wakil penduduk baru-baru ini.
"Mereka memang tidak bertimbangrasa, menindas kami yang bagaikan 'pelarian'
sejak ketiadaan air di sini' ujar Maniam.
Dalam pada itu, piket itu juga bertujuan menunjukkan perasaan penduduk
terhadap pemaju berkaitan pelbagai masalh antaranya ketiadaan Sijil Layak
Menduduki (CF), masalah penyelenggaran dan yang paling membebankan penduduk,
air yang dipotong sejak Isnin lalu.
"Kami sudah 'letih' untuk berbincang dengan mereka (pemaju), agak 'muak'
mengadu kepada pihak yang bertanggungjawab, inilah cara yang difikirkan
terbaik bagi menyuarakan penderitaan yang kami alami selama ini", jelasnya.
|