This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tiada CF, pemaju muflis beri masalah
01/11/2007 Sinar Harian Oleh Mohamad Syaiful Karim

Setelah dua tahun mendiami perumahan ini, pemilik rumah di Taman Cheras Primer masih tidak mempunyai CF walaupun telah banyak aduan yang dibuat

Balakong - Pemilik rumah Taman Cheras Primer menyatakan kebimbangan mereka kerana rumah yang didiami selama ini masih lagi tidak mendapat kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF).

Setelah dua tahun mendiami perumahan ini, pemilik rumah di Taman Cheras Primer masih tidak mempunayai CF walupun telah banyak aduan yang dibuat serta dibantu oleh Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon kepada pihihk bertanggungjawab.

Pihak pemaju yang melaksanakan pembinaan perumahan ini telah diissytiharkan muflis oleh mahkamah tinggi pada 16 November, 2006.

Menurut Yap Pian Hon, beliau telahpun menghantar surat berkenaan masalah ini kepada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.

"Walaupun pemaju tersebut telah muflis, pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan penyelesaian agar penduduk perumahan ini mendapat kelulusan CF.

Mereka mengharap pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas dalam masalah ini kerana pemaju haruslah bertanggungjawab dengan masalah ini," katanya.

Bagi seorang penduduk di sini merangkap sebagi Pengerusi surau Al-Amin, Taman Cheras Primer, Rapollah Abdul Satar, dengan tiadanya CF is menjadi masalh kepada penduduk sekiranya mereka ingi menjual rumah yang didiami.

Pada peringkat awal penduduk di sini hanya diberi CF sementara sahaja dan selepas enam bulan ianya sudah tamat tempoh yang sehingga kini masih belum mendapat kelulusan yang sebenarnya oleh pemaju.

Para penduduk merayu agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan mengambil tindakan mendapatkan kelulusan CF secepat mungkin bagi kebaikan penduduk perumahan ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.