COB bantu kutip yuran
selenggara bangunan
14/11/2007 Harian Metro
Kajang: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menubuhkan Pesuruhjaya
Bangunan (COB) bagi membantu pemaju perumahan memungut yuran penyenggaraan
dan orang ramai boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya gagal atau
enggan menjelaskannya.
Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman, berkata COB diwujudkan
mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007
bagi memastikan penyelenggaran sesebuah bangunan dilakukan dengan teratur.
Menurutnya, kebanyakan pengurusan bangunan mengalami masalah apabila pemilik
enggan menjelaskan yuran penyelenggaran menyebabkan tunggakan sehingga
beberapa tahun.
"Dengan adanya pesuruhjaya ini, pemilik rumah boleh dikenakan tindakan
undang-undang sekiranya mereka enggan menjelaskan yuran penyelenggaraan.
"Selain itu, pemaju boleh dikenakan tindakan sekiranya gagal mengemukakan
akaun tahunan yang sudah diaudit mengenai kutipan dan perbelanjaan
penyelenggaran kepada COB," katanya.
Menurutnya, sekiranya pemaju gagal mengemukakan akaun dalam tempoh yang
ditetapkan dan boleh kenakan denda tidak melebihi RM100,00 atau dipenjara
tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
"Dengan adanya COB, pemaju tidak akan terlepas daripada tanggungjawah mereka
untuk mejalankan membaiki kecacatan dan kerosakan bangunan sekali gus
memberi kesan positif kepada kedua belah pihak," katanya.
Hasan Nawai berkata, kawasan pentadbirannya mempunyai 72,434 unit yang
membabitkan bangunan bertingkat dan 30 peratus daripadanya rumah kos rendah,
manakala 60 peratus adalah kos sederhana.
"Saya difahamkan kira-kira 70 peratus pemilik rumah kos rendah gagal
menjelaskan yuran penyelenggaraan kepada pemaju," katanya. |