Wanita dakwa peguam tipu
RM65,300
21/05/2007 Berita Harian
BAHAU: Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan peguamnya yang
sehingga kini gagal menyerahkan RM65,300 hasil jualan sebuah rumah teres
setingkat miliknya sejak urusan penjualan dan pengeluaran pinjaman bank
diselesaikan Disember lalu.
Wong Yet Mey, 40, dari Taman Megah, di sini mendakwa menyedari ditipu
selepas peguam berpejabat di Seremban memberikan nombor akaunnya kepada
pembeli terbabit ketika menguruskan perjanjian jual beli kira-kira dua tahun
lalu.
"Saya melantik peguam itu untuk menguruskan jual beli rumah saya yang
ditetapkan pada harga RM67,000. Pembeli terbabit membayar deposit RM1,700
kepada saya sementara menunggu kelulusan pinjaman bank.
Wong berkata, beliau kemudian berjumpa peguam terbabit yang mengakui
pinjaman sudah diluluskan sebelum diberikan cek RM56,000, tetapi gagal
didepositkan kerana ia cek tendang. Pemeriksaan dengan pihak bank kemudian
mendapati akaun peguam itu sudah lama ditutup.
"Saya berjumpa semula peguam itu dan sekali lagi dia mengeluarkan cek
bernilai RM60,000, tetapi ia juga cek tendang. Menyedari ditipu, saya
membuat laporan polis melalui bantuan seorang pemimpin tempatan," katanya. |